KK-T-037 KERJA BANGUNAN - PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN PERSEKITARAN KOMPLEK

KURSUS TAMBAH TAJUK TRED B24 - 40 MATA CCD

Registration Link www.abs2u.com/SKP/B24

 

 

Latihan pengurusan kontraktor PLBK disasarkan kepada pemilik atau pengurusan utama syarikat. Kontraktor yang berjaya menghadiri kursus akan memperolehi sijil kehadiran dan mata CCD sebanyak 40 mata manakala Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) akan diberikan kepada peserta yang lulus ujian penilaian. SKP yang dikeluarkan membolehkan kontraktor untuk menambah pengkhususan bidang kerja pada Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB.

Setiap bidang pembinaan mempunyai ciri-ciri pembinaan serta cabaran-cabaran yang khusus yang mana perlu ditangani oleh kontraktor dengan baik demi kejayaan projek yang dilaksanakan. Bidang tugas kontraktor antara lain merangkumi aspek pengurusan teknikal di dalam bidang pembinaan yang diceburi.

Sebagai usaha untuk memastikan setiap kontraktor benar-benar kompeten dalam melaksanakan tugas serta aktiviti-aktiviti kontraktor didalam sesebuah projek pembinaan, CIDB telah merangka program latihan merangkumi aspek pengurusan teknikal seperti pembelian bahan, peralatan, pengurusan tapak, pembahagian tugasan kerja, penjadualan kerja dan sebagainya.

Modul latihan telah dirangka berdasarkan Standard Kompetensi Kontraktor serta “Course of Study” (Silibus) yang dibangunkan bersama oleh pihak industri.

Kandungan setiap modul pula disesuaikan dengan pelbagai bidang kepakaran/pengkhususan yang terdapat di dalam sistem pendaftaran kontraktor CIDB.

Kontraktor yang berjaya menghadiri kursus akan memperolehi sijil kehadiran dan mata CCD sebanyak 40 mata manakala Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) akan diberikan kepada peserta yang lulus ujian penilaian. SKP yang dikeluarkan membolehkan kontraktor untuk menambah pengkhususan bidang kerja pada Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB.

 

KANDUNGAN KURSUS

Latihan bagi setiap modul akan dijalankan berdasarkan Pakej Pembelajaran atau ‘Learning Package’ (LP) seperti berikut:

  1. Perolehan Peralatan & Bahan
  2. Perolehan Loji & Jentera
  3. Tugasan Kerja
  4. Sijil Perakuan Siap Kerja
  5. Peruntukan Perundangan
  6. Servis Dan Penyelenggaraan
  7. Penjadualan Kerja
  8. Penganggaran Dan Tender Projek

 

KUMPULAN SASARAN

Kursus ini terbuka kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam Gred 1 hingga Gred 7. Kumpulan sasaran terdiri daripada Pemilik/Personel Pengurusan utama syarikat yang melibatkan mana-mana dari berikut:

  1. Pemilik Syarikat
  2. Pengarah Syarikat
  3. Pengurusan Utama Syarikat

 

TEMPOH & YURAN KURSUS

  1. Tempoh Kursus : 5 Hari
  2. Yuran Kursus : RM250 bagi pemegang Kad Hijau CIDB / RM500 bagi bukan pemegang Kad Hijau CIDB

Yuran meliputi nota kursus, makan, minum & sijil kursus.

 

KAEDAH BAYARAN

Pembayaran boleh dibuat secara bank draft, banker’s cheque dan ang pos sahaja dan dibayar atas nama ‘CIDB Malaysia’ dan diserahkan kepada kami (PLBK) semasa mendaftar. Sila tuliskan nama peserta dan nombor MyKad dibelakang cek tersebut.

 

MATA CCD

Peserta yang tamat kursus dengan jayanya akan memperolehi 40 mata CCD berserta Sijil Kehadiran.

 

SIJIL

Sijil Kecekapan Pengurusan akan diberikan kepada peserta yang lulus dalam ujian.

Event Properties

Event Date 07-06-2026 9:00 am
Event End Date 11-06-2026 5:00 pm
Capacity 25
Individual Price RM550.00
Location ABS Training Centre, Alor Setar, KEDAH

Venue Information - ABS Training Centre, Alor Setar, KEDAH

ABS - PLBK CIDB

No. 135 Tingkat 1,

Jalan BSG 3, Bandar Stargate,

Tandop, 05400 Alor Setar,

Kedah

Maps:
https://goo.gl/maps/GjfJSyiBGSkhULgW8

 

Location Map

Please publish modules in offcanvas position.